BM | EN | 中文

JAS Johor siasat air Sungai Kapok

JAS-Johor-siasat-air-Sungai-Kapok.png

Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang, Johor mengambil sampel air Sungai Kapok, Kampung Perigi Aceh yang didakwa berlaku pencemaran semalam (Gambar Ehsan NSTP/FB Tuan Ibrahim Tuan Man)

Advertisement

PASIR GUDANG, 4 JUL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang, Johor sudah mengambil sampel air Sungai Kapok, Kampung Perigi Aceh yang didakwa bertukar warna hitam dan berbau busuk, semalam.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata persampelan air Sungai Kopok di Jeti Nelayan Kampung Perigi Aceh dilakukan jam 3.30 petang bagi mengukur kualiti air sungai berkenaan.

Beliau dilaporkan BH Online berkata, siasatan JAS mendapati bacaan bagi parameter Oksigen Terlarut (DO) adalah 5.21 dan pH 8.3 iaitu julat normal.

Advertisement

Katanya, ketika kerja pengukuran dilakukan, keadaan air sungai sedang pasang dan tiada kesan bau serta kelihatan normal.

“JAS juga menyelusuri Sungai Daeng dan pengukuran setempat menunjukkan bacaan DO4.19 dan pH 10.16,” katanya yang dikongsi di akaun Facebooknya.

Semalam, KASA mengarahkan JAS Cawangan Pasir Gudang menjalankan siasatan sungai di Kampung Perigi Aceh, Pasir Gudang selepas menerima aduan dari individu yang memaklumkan perkara itu melalui akaun Facebook milik Tuan Ibrahim.

Advertisement

Tuan Ibrahim berkata, lokasi pengukuran itu berada di hilir kawasan perindustrian Tanjung Langsat.

Beliau berkata, pemantauan pencemaran di kawasan perindustrian turut diadakan dan mendapati tiada pelepasan efluen abnormal.

Katanya, aset dron juga digunakan ketika JAS mengadakan pemeriksaan bagi membantu mengenal pasti punca pencemaran.

Advertisement

“Pemantauan dan pengukuran setempat akan diteruskan dan disambung hari ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, air di Sungai Kapok dan Sungai Daeng di kawasan Kampung Perigi Aceh bertukar menjadi hitam dan berbau busuk akibat tercemar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top