BM | EN | 中文

JAS Johor belum sedia dedah analisis pencemaran di Kampung Baru Sri Aman, Seelong

hazmat-bomba-kulai-johor-seelong-pencemaran.jpg

Gambar Ehsan Majlis Perbandaran Kulai

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor masih belum bersedia untuk mendedahkan keputusan analisis pencemaran bahan kimia yang berlaku di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas pada minggu lalu.

Pengarahnya, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, walaupun pihaknya sudah menerima keputusan analisis terbabit daripada Jabatan Kimia namun pendedahan mengenai perkara itu tidak dapat dilakukan kerana dikhuatiri menjejaskan integriti kertas siasatan kes terbabit.

“Laporan analisis toksik insiden pembuangan sisa kimia terjadual berbahaya di Kempas sudah diterima, namun keputusannya tidak dapat diumumkan ketika ini.

Advertisement

“Selalunya laporan analisis kimia kita tidak boleh umumkan terlebih dahulu kerana ia akan menjejaskan integriti kertas siasatan dan semasa pertuduhan kes.

“Namun jika Penasihat Undang-Undang JAS membenarkan hasil analisis itu didedahkan, kita akan maklumkannya kepada masyarakat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada 15 September lalu, JAS Johor mengesan tiga bahan kimia yang berada di udara dan tali air Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas.

Advertisement

Dr Mohd Famey berkata, sampel pencemaran yang diambil di tali air dan Sungai Tawakal di kampung terbabit perlu dianalisis serta disahkan terlebih dahulu oleh Jabatan Kimia.

Katanya, sampel bahan kimia berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jayat atau Melaka bagi mendapatkan bacaan tepat berhubung kandungan sisa kimia yang dikesan di tali air dan sungai berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top