BM | EN | 中文

JAS dalam proses lengkapkan siasatan insiden pembuangan sisa terjadual Sungai Tawakal

tuan-ibrahim-tuan-man-jabatan-alam-sekitar.jpg

Gambar Ehsan FB Tuan Ibrahim Tuan Man

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 SEPT: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi berkaitan sedang melengkapkan siasatan mengenai insiden pembuangan sisa terjadual di Sungai Tawakal, Kampung Baru Sri Aman, Seelong, di sini, semalam.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata JAS telah mengumpul bahan bukti, mengenal pasti tempat kejadian serta menahan kesemua yang disyaki terlibat sejak malam semalam.

“Alhamdulillah, keadaan (pencemaran) sudah kembali normal, (yang tinggal) untuk kita Iengkapkan siasatan untuk pendakwaan.

Advertisement

“Analisis kimia juga dijangka keluar dalam masa serninggu,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata setakat ini, sembilan lelaki terdiri daripada lima warga tempatan dan empat warga asing, berusia antara 30 hingga 50 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

Menjelaskan Iebih lanjut mengenai tempat punca pembuangan, Tuan Ibrahim berkata premis berkenaan dikenal pasti sebagai stor penyimpanan kenderaan yang digunakan beberapa syarikat untuk menyimpan kenderaan mereka.

Advertisement

“Menerusi kesan yang ada, kita dapati mereka menggunakan paip daripada lori terus ke tebing sungai. Kita telah mendapatkan maklumat, terus kita mencari punca dan kita terus dapat kenal pasti tempat di mana kejadian ini berlaku. Ini sangat penting,” katanya.

Selain itu, pihaknya turut melihat impak pembuangan sisa tersebut yang menyebabkan banyak ikan dan hidupan mati sekali gus menunjukkan pembuangan itu sangat serius.

Justeru, beliau menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjenayah alam sekitar serta memantau semua yang mempunyai lesen pembuangan sisa buangan terjadual supaya melupuskan dengan cara yang betul.

Advertisement

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM500,000, katanya.

Tuan Ibrahim turut berterima kasih kepada agensi berkaitan seperti JAS, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polls Diraja Malaysia kerana bertungkus lumus sejak malam semalam.

Dalam kejadian 10 malam itu, empat wanita sesak nafas manakala 102 penduduk daripada 25 keluarga di kampung berkenaan dipindahkan susulan terhidu bau dipercayai berpunca daripada sisa buangan terjadual.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top