BM | EN | 中文

Janji pulih Sungai Kim Kim: Kerajaan Johor masih tak buat apa-apa

sungai-kim-kim.jpg

Gambar Ehsan The Straits Times

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MEI: Selepas berjanji untuk memulihkan sungai Kim Kim, kerajaan Johor hari ini didapati tidak menjalankan sebarang kerja menambah baik sungai tersebut.

Hal itu dimaklumkan Pengerusi Biro Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK) Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Rozita Abdul yang mendapat maklumat bahawa kerja pemulihan yang dikatakan telah dirancang secara holistik masih belum dibuat.

“Sudah dijangka perkara tersebut pastinya tidak berjaya kerana sebelum ini kerajaan hanya mampu berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya.

Advertisement

“Ia menjadi kebimbangan penduduk setempat yang memaklumkan bahawa pencemaran yang sebelum ini berlaku boleh berulang kembali.

“Saya ingin menasihatkan kerajaan agar segera menjalankan aktiviti kerja-kerja pemulihan sungai tersebut agar tidak mendatangkan masalah di masa hadapan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau turut mendesak agar kerajaan membentangkan pelan dan tarikh pemulihan kepada umum.

Advertisement

Katanya, hal tersebut menjadi penantian penduduk berdekatan dalam usaha mengurangkan pencemaran yang berlaku.

Tambah Rozita, penduduk serta rakyat di negeri ini berhak mendapat maklumat selain proses kerja yang sedang berjalan.

“Bentangkan pelan pemulihan tersebut mengikut peringkat semasa contohnya seperti kadar peratusan dan tarikh kerja dijangka siap.

Advertisement

“Penting bagi rakyat di negeri ini mendapatkan maklumat berhubung kerja baikpulih sungai itu.

“Apa yang perlu, kerajaan perlu telus dalam menjalankan kerja-kerja pemulihan alam sekitar ini. Kita mahukan ketelusan demi keberlangsungan lestari alam sekitar,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top