BM | EN | 中文

“Jangan sekadar hukum, sikap peduli dan empati pihak berkuasa boleh tangani impak pandemik”

Liew-Chin-Tong.jpg

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUL: Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menggesa pihak berkuasa, sama ada di peringkat persekutuan, negeri, atau kerajaan tempatan, terutamanya anggota polis dan agensi penguatkuasaan supaya mempunyai bersikap lebih peduli dan empati.

Kata Chin Tong, kini adalah zaman paling mencabar dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan kesempitan hidup sudah menjadi realiti bagi ramai Malaysia.

“Pihak berkuasa, sama ada di peringkat persekutuan, negeri, atau kerajaan tempatan, terutamanya anggota polis dan agensi penguatkuasaan perlu mempunyai sikap lebih peduli dan empati.

Advertisement

“Pihak berkuasa di setiap peringkat perlu melihat diri mereka sebagai barisan hadapan yang mana tugas mereka adalah untuk membantu rakyat Malaysia dan sesiapa sahaja yang memerlukan dalam waktu getir ini.

“Mereka tidak seharusnya menumpukan kepada pendekatan menghukum sahaja,” kata Chin Tong dalam catatannya di laman Facebook hari ini.

Kata Chin Tong, dalam konteks ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed telah membuat keputusan yang tepat.

Advertisement

Ujarnya, berdasarkan situasi semasa Arjunaidi menyarankan semua pegawai dan anggotanya membantu mereka yang mengibarkan bendera putih serta tidak melihat mereka sebagai pihak pengacau.

“Kempen bendera putih adalah petanda yang jelas bahawa rakyat sudah hilang harapan dan terdesak mendapatkan bantuan.

“Saya bimbang jika tidak mengatasi masalah ini bersama secara berhemah, pergolakan sosial mungkin tercetus,” katanya.

Advertisement

Tambah Chin Tong, bagi membendung penularan tahanan dan pelarian juga perlu divaksin.

“Jika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Jabatan Imigresen terus mengancam untuk menangkap pelarian dan warga asing tanpa dokumen, mereka tidak akan berani tampil secara sukarela untuk divaksin.

“Akibatnya, sukar bagi Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok.

Advertisement

“Kita juga perlu mengatasi masalah kesesakan penjara kerana ia telah menjadi punca utama bagi kebanyakan penularan Covid-19,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top