BM | EN | 中文

Jangan sekadar hukum, kerajaan perlu kenalpasti masalah pesalah terjebak jadi ‘keldai dadah’

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.png
Advertisement

MUAR, 18 OKT: Kerajaan digesa mengenal pasti masalah dialami mereka yang teraniaya dengan kegiataan menjadi ‘keldai dadah’ sebelum menjatuhkan hukuman terhadap mereka.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok merujuk kes seorang ibu tunggal yang dikenakan hukuman gantung sampai mati semalam dan memohon agar pihak berkuasa mempertimbangkan semula hukuman yang dikenakan.

Dalam isu yang mendapat perhatian umum itu, Nor Hayati memaklumkan kerajaan perlu mencari punca utama kegiatan itu sehingga melibatkan golongan seperti ibu tunggal berkenaan.

Advertisement

“Mereka ini rata-ratanya mengalami masalah ekonomi dalam kehidupan mereka. Apabila ia ditawarkan dengan ganjaran yang setimpal mereka akan terperangkap.

“Bagaimana seorang ibu tunggal mampu mencari jalan keluar selepas diugut apabila langkah pertamanya masuk ke dalam ruang yang melibatkan dadah.

“Siapa yang akan membela mereka sekiranya ugutan tersebut dialami?

Advertisement

“Segala faktor permulaan atau punca perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

“Hukuman semata tidak akan menyelesaikan masalah mereka yang kini dalam kesempitan hidup. Pembabitan golongan ini disebabkan desakan hidup,” kata Nor Hayati ketika dihubungi.

Semalam tular sebuah video seorang ibu tunggal yang menyara sembilan orang anak meraung apabila dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah kerana mengedar dadah jenis syabu.

Advertisement

Menerusi perkongsian video oleh @seehuadaily di laman aplikasi TikTok, wanita berusia 50-an itu meraung sambil dibawa oleh pihak polis selepas mendengar hukuman yang diterima buat dirinya.

Berdasarkan video berdurasi satu minit dua saat itu, jelas kedengaran wanita tersebut yang juga seorang nelayan bertanya siapakah yang akan menjaga anak-anaknya apabila dia dijatuhkan hukuman mati.

Ibu tunggal itu dijatuhi hukuman mati mandatori kerana mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Tawau 15 Oktober lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top