BM | EN | 中文

‘JANGAN PERKOSA SEJARAH’

BE34F7CC-D541-42E8-9891-096C2A508DEF.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OGOS: Masyarakat dalam negara perlu mengamalkan sikap tolak ansur bagi menjamin perpaduan dinikmari rakyat berbilang bangsa dalam negara terjamin, kata Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Johor, Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, penting untuk generasi hari ini mempelajari sejarah negara bagi menghargai dan memahami erti sebuah kemerdekaan.

“Sebenarnya kesedaran perlu dipupuj dari awal kerana pemikiran yang cetek boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dan salah faham.

Advertisement

“Perkara-perkara negatif seperti tindakan menghina negara, pemimpin dan sistem demokrasi akan berlaku dan perkara sebegini adalah penyumbang kepada kehancuran sesebuah masyarakat,” ujar Dzulkefly.

Beliau yang juga Adun Kota Iskandar, berkata demikian dalam ucapannya pada program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih 2019, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, yang masuk siri keduanya, bertempat di Mydin Mutiara Rini, di sini, hari ini.

Advertisement

Dzulkefly berkata program sebegini mampu mendidik generasi baharu dalam memahami sejarah perjuangan Malaysia dalam menuntut kemerdekaan.

Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan untuk menghayati sejarah menyumbang kepada keretakan hubungan di antara kaum.

“Ingin saya ingatkan semua, bahawa memperkosa sejarah hanya akan meruntuhkan jati diri dan perpaduan negara. Justeru, penting bagi kita semua untuk memahami erti kedaulatan dan kepentingan nilai jati diri.”

Advertisement

Dalam masa sama, Dzulkefly turut menasihatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba untuk mencetuskan api perkauman dan meruntuhkan perpaduan dikalangan masyarakat.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top