BM | EN | 中文

Jangan memfitnah demi politik – Shu Qi

berita-palsu-01-scaled.jpg

Tangkap layar berkaitan fitnah terhadap Shu Qi dalam laman sosial

Advertisement

KLUANG, 28 JAN: Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, serangan peribadi dan fitnah tidak lain hanyalah berniat untuk mencemarkan nama dan karektor seseorang individu.

Shu Qi berkata demikian lanjutan dari kiriman beberapa pihak di laman sosial yang memfitnahnya seolah-olah beliau menganggap isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk bukannya suatu kesalahan selain menuduh pembangkang memperbesar-besarkan cerita tersebut.

“Sehari sebelum Tahun Baru Cina, saya difitnah oleh puak pelampau.

Advertisement

“Saya tidak pernah mengeluarkan mana-mana kenyataan yang tular seperti yang dilaporkan di akaun Twitter @Dean24924388, akaun Instagram @pemantaumalaysiabaru, akaun Facebook “Putera Aduka” (putera.aduka.7921), ‘Hairizam Rahmat’ dan sebagainya.

“Saya memandang serius kejadian kemalangan yang melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol. Saya juga sering membangkitkan isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya.

“Ini bukan isu perkauman kerana melibatkan nyawa semua pengguna jalan. Sesiapa yang melanggar undang-undang jalan raya patut dikenakan tindakan undang-undang.

Advertisement

“Kerja jahat dan jijik kaki fitnah sehari sebelum tahun baru Cina ini amat melampau, khususnya apabila saya dimaklumkan tentang fitnah tersebut ketika makan malam ‘reunion’ bersama keluarga,” katanya dalam status yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Justeru itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai Pusat Khidmat Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang pada 25 Januari lalu berkenaan fitnah yang direka-reka oleh pihak terbabit.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan segera dan tindakan dapat diambil ke atas penyebar fitnah ini.

Advertisement

“Kepada puak pelampau dan kaki fitnah, jangan demi politik anda sanggup membuat kerja jahat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top