BM | EN | 中文

“JANGAN MAIN AIR BANJIR”

sultan-ibrahim-lawat-mangsa-banjir.jpg

JOHOR BAHRU, 15 DIS : Mangsa banjir terutama kanak-kanak dinasihatkan agar tidak bermain air banjir titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Peringatan tersebut dinyatakan ketika baginda berangkat melawat pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di sekitar daerah Mersing, semalam.

Melalui status dimuatnaik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baginda menyatakan kebimbangan kesihatan rakyatnya akan terjejas jika bermain air banjir yang terdedah dengan kotoran.

“Jangan main air. Saya bimbang nanti kesihatan orang ramai pula terjejas kerana terdedah air yang kotor,” titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Tenglu, Sekolah Kebangsaan Air Papan dan Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top