BM | EN | 中文

JANGAN LAYAN HASUTAN PERKAUMAN

IMG-20191105-WA0006.jpg

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 5 NOV: Masyarakat di Parlimen Tanjung Piai diingatkan untuk tidak termakan hasutan dimainkan pembangkang yang seolah-olah mahu melagakan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, perkara itu membimbangkan kerana isu perkauman ketika ini semakin subur, terutamanya selepas pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14).

“Kepada masyarakat Cina, pembangkang mengatakan Lim Guan Eng menjadi boneka kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kepada masyarakat Melayu, mereka (pembangkang) kata kami ini barua DAP. Ini isu perkauman yang dimainkan.

“Kami mahu membuat pembaharuan dimana rakyat memilih individu yang layak tanpa mengira kaum. Inilah PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Borak Kopitiam di Restoran Jiayibei, Pekan Nanas, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong; Pengerusi AMANAH negeri, Aminolhuda Hassan dan calon PH dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Sehubungan itu, Mohamad turut mengingatkan pengundi di parlimen ini untuk memilih calon PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November ini.

Dalam pada itu, Karmaine turut menyeru pengundi untuk memilih PH, kerana sebagai wakil kerajaan yang memerintah ketika ini adalah lebih mudah suara rakyat didengar dan penyaluran bantuan dapat disegerakan.

“Sebagai calon kerajaan, jika dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan dapat bantu memperjuangkan isu-isu yang dihadapi penduduk tempatan,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top