BM | EN | 中文

“JANGAN LAYAN GIMIK PEMBANGKANG, BAIK FOKUS ISU RAKYAT”

Taqiuddin-e1575175434449.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Kerajaan Johor disarankan untuk tidak melayan gimik politik murahan pembangkang, dan sebaiknya fokus untuk menyelesaikan isu dihadapi rakyat, kata Adun Pulai Sebatang, Muhamad Taqiuddin Cheman.

Katanya, rakyat sudah penat dengan perseteruan politik yang tidak berkesudahan sedangkan mereka tertunggu-tunggu manfaat dari mandat yang telah diberikan kepada wakil rakyat.

“Selaku wakil rakyat bukanlah politik 24 jam, tetapi perlu memastikan bahawa kualiti taraf hidup rakyat ini ditambah baik.

Advertisement

“Harapan saya agar kerajaan tidak terikut dan melayan gimik politik murahan pembangkang serta fokus untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan Belanjawan Johor 2020, di Dewan Negeri (DUN) Johor, baru-baru ini.

Katanya, teguran itu dibuat apabila ada pihak yang menjadikan jawatan wakil rakyat untuk berpolitik semata-mata, tanpa membantu atau memberikan fokus pada matlamat sebenar dan soal kegusaran rakyat di negeri ini.

Advertisement

Menurut beliau, berpolitik sehingga menimbulkan kebencian ini membuatkan rakyat yang akan menjadi mangsa tanpa nasib mereka dibela.

“Kita harus menyedari bahawa kegusaran rakyat terbesar adalah soal kualiti taraf hidup mereka. Isu kos sara hidup, kualiti pendidikan, peluang pekerjaan dan juga prasarana yang baik terus membungkam mereka hari ini,” katanya.

Beliau turut menyelar tindakan wakil rakyat pembangkang yang menuduh kerajaan negeri hari ini ‘munafik’ serta menuduh kerajaan hari ini seperti tidak ada usaha untuk membantu rakyat.

Advertisement

Katanya lagi, sedangkan sebelum ini pemerintahan BN telah pun digelar sebagai kerajaan kleptokrat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

“Mereka lupa rakyat humban mereka kerana mencurangi rakyat sedangkan bila mereka bertanya pada kita di mana peluang kerja selama 18 bulan, kita juga mampu bertanya selama 61 tahun kamu buat apa?

“Di Johor, Alhamdulillah kita telah berjaya menunaikan ke semua manifesto. Paling terbaru adalah inisiatif ini memberi impak kepada taraf kehidupan rakyat.

Advertisement

“Yang paling utama adalah nilai integriti dan urustadbir yang baik. Justeru sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan, kami di sini (wakil rakyat kerajaan) tetap menegur untuk kebaikan, bukannya mengampu,” katanya lagi.

Terdahulu pada sidang DUN Johor, Adun Layang Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengeluarkan kenyataan menuduh kerajaan PH sebagai ‘munafik’ kerana tidak menunaikan janji.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top