BM | EN | 中文

JANGAN JADIKAN TANAH PERSENDIRIAN LOKASI SAMPAH HARAM, PEMBAKARAN TERBUKA

Tan-Chen-Choon-Adun-Jementah.jpg
Advertisement

KULAI, 26 OGOS: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon meminta pemilik tanah yang kosong atau belum diusahakan supaya sentiasa memantau keadaan tanah mereka.

Katanya, ia bagi mengelakkan tanah yang kosong atau belum diusahakan itu dijadikan tapak pembuangan sampah haram yang seterusnya memungkinkan pembakaran dilakukan oleh pihak tertentu.

“Ini telah berlaku di banyak kawasan dan bagi pihak kerajaan, kita tidak akan mengizinkan perkara ini daripada terus berlaku sebab tapak pelupusan haram ini ada melibatkan juga pembakaran.

Advertisement

“Sekiranya pembakaran ini dalam cuaca sekarang yang sudah lebih kurang sebulan tidak hujan, ia mungkin akan mendatangkan kesan atau merebak lebih lagi sekiranya tanah tersebut adalah jenis tanah gambut.

“Ia akan merebak dengan cepat dan mengundang jerebu ke kawasan-kawasan lain, sekali gus menjejaskan kesihatan penduduk dan pelajar-pelajar di sekolah berdekatan,” katanya, lapor Bernama.

Mengenai operasi itu pula, Tan berkata pihaknya difahamkan kebanyakan sampah yang dibuang ke kawasan tersebut adalah sisa binaan.

Advertisement

Usaha untuk mengenal pasti identiti pemilik sebenar tanah tersebut akan dilakukan oleh Pejabat Tanah bagi membolehkan tindakan seterusnya diambil mengikut undang-undang sedia ada, katanya.

Ditanya sama ada terdapat komplot antara pemilik tanah yang membenarkan tanahnya digunakan sebagai tempat pembuangan sampah haram, Tan berkata perkara itu perlu disiasat dahulu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top