BM | EN | 中文

Jangan jadikan pelitup separuh muka punca sampah baru

sampah-facemask-pelitup-muka.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Pelitup separuh muka kini dikenal pasti menjadi punca sampah baru di negara ini semenjak penggunaannya dikuatkuasakan berdepan pandemik Covid 19.

Pengarah Biro Alam Sekitar dan Kelestarian Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Rozita Abdul berkata, amalan penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin kelestarian alam sekitar dalam hidup masyarakat di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Faizuan Abdullah dalam akhbar harian di negara ini yang berkata pelitup separuh muka pakai buang sebagai sampah baharu yang tidak lagi dilupuskan secara sisa buangan klinikal tetapi sebagai sampah domestik.

Advertisement

“Kelestarian alam sekitar perlu menjadi sebahagian amalan harian kehidupan kita. Masyarakat harus dididik untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik.

“Dalam ajaran agama Islam sekali pun, tuntutan menjaga kebersihan alam sekiar ini juga telah ditekankan dan inilah konsep Rahmatan Lil Alamin yang difahami oleh setiap golongan masyarakat yang beragama Islam.

“Pelitup separuh muka pakai buang sudah menjadi sumber baharu sampah.

Advertisement

“Walaupun ianya nipis dan sedikit, tetapi sekiranya semua orang buang merata-rata ini akan mencemarkan alam sekitar dan turut mencacatkan pandangan,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik saranan dari pakar berkenaan keprihatinan mereka terhadap isu pembuangan pelitup separuh muka tersebut.

Beliau turut memberi saranan kepada kerajaan agar menggerakkan serta menerapkan budaya mencintai alam sekitar di kalangan masyarakat.

Advertisement

“Saya berpandangan, pihak kerajaan, NGO dan parti politik boleh memulakan kempen bagi memastikan pelitup separuh muka ini diuruskan dengan lebih lestari lagi.

“Kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya lebih menyedari dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Kita perlu pastikan masalah baharu tidak timbul atau berlaku dan jangan jadikan pelitup separuh muka sebagai sumber baharu sampah kita,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top