BM | EN | 中文

Jangan heret rakyat ke kancah perebutan kuasa pihak berkepentingan

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JAN: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan hari ini menegaskan agar jangan ada pihak mengheret rakyat dalam kancah politik berkepentingan.

Beliau juga Adun Parit Yaani, merujuk kepada pihak yang mendesak mahu pilihan raya umum (PRU) diadakan hanya demi mencatur kuasa di negara ini.

“Sabar dahulu biar keadaan reda, perkukuhkan ekonomi terlebih dahulu dan bantu rakyat dalam mengembalikan kestabilan dalam kehidupan mereka.

Advertisement

“Janganlah kita hanya sibuk mahu PRU yang kesudahannya akan mempertaruhkan belanja besar dan sepatutnya belanja tersebut boleh diagihkan kepada rakyat.

“Hari ini kerajaan dilihat hanya sibuk mencatur kuasa dan perkara ini tidak dibendung sehingga persoalan yang dibangkitkan rakyat tidak terjawab dengan baik,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut senada dengan kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah, Salahuddin Ayub yang berpandangan menolak mengadakan PRU dalam masa terdekat.

Advertisement

Tambahnya, selain isu ekonomi dan bencana banjir yang berlaku, isu kesihatan juga perlu diberikan perhatian, antaranya bagi mengekang wabak Covid-19.

“Selain ekonomi rakyat, soal perkerjaan dan kesihatan rakyat juga harus diutamakan oleh kerajaan. Inilah kepentingan yang perlu didahulukan.

“Agenda membantu rakyat janganlah disalahgunakan sehingga menjadi gula-gula kerajaan untuk memenangi hati rakyat.

Advertisement

“Hakikatnya kerajaan hanya mempergunakan rakyat untuk kekal berkuasa.

“Ikhlaslah bantu rakyat, bukan memberi kepada rakyat hanya untuk mempergunakan mereka. Saya tegaskan lagi rakyat tidak perlu diheret dalam agenda berkepentingan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top