BM | EN | 中文

Jangan harap kerusi BN, kata Khaled Nordin kepada parti Gerakan

khaled_nordin.jpg

JOHOR BAHRU, 21 JUN: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi mengingatkan untuk tidak memberikan kerusi kepada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Dalam hantaran di laman instagram milik bekas Menteri Besar Johor itu, Khaled berkata sekiranya Gerakan menyertai Perikatan Nasional, parti itu tidak boleh berharap kepada ehsan Barisan Nasional untuk mendapatkan kerusi.

“Kalau parti ini menyertai PN (Perikatan Nasional), jangan harapkan kerusi BN (Barisan Nasional) untuk bertanding pilihanraya.

“Parti ini ingat UMNO hanya masa senang,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial instagramnya semalam.

Beliau turut mengepilkan bersama laporan media bertarikh 12 Jun 2018 bertajuk “Gerakan: Mari bincang usir Umno, bukan tinggalkan BN”.

Laporan itu memetik kenyataan ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong bahawa parti komponen BN perlu mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk memutuskan sama ada perlu mengusir Umno berbanding bertindak keluar daripada gabungan itu.

Andy Yong menegaskan setiap presiden parti komponen dalam BN memiliki kuasa berkaitan proses membuat keputusan tertinggi dalam gabungan itu.

Parti Gerakan yang sebelum ini merupakan komponen BN keluar gabungan itu pada 23 Jun 2018 selepas keputusan sebulat suara dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Pusat GERAKAN (CGC).

BACA: Ahli parlimen, Adun Johor turun padang bantu mangsa banjir

Menurut CGC Gerakan, keputusan dibuat selepas perbincangan, penelitian dan pertimbangan yang menyeluruh dan serius terhadap perkembangan politik semasa negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Gerakan sebelum ini menjadikan kerusi parlimen Simpang Renggam sebagai kubu kuatnya, namun rekod itu dipecahkan penyandang semasa, Dr Maszlee Malik yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan.

Dr Maszlee memperolehi 18,157 undi, menang dengan majoriti 3,475 menewaskan Datuk Liang Teck Meng (Gerakan-BN) yang mendapat 14,682, manakala seorang lagi calon PAS, Mohd Jubri Selamat hilang deposit apabila hanya memperoleh 2,983 undi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top