BM | EN | 中文

Jangan gunakan sekolah vernakular untuk kepentingan politik – DAPSY

Muhammad-Shakir-Ameer.jpg

Muhammad Shakir Ameer (Gambar Ehsan Roketkini)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Naib Ketua Kebangsaan Pemuda DAP Malaysia, Muhammad Shakir Ameer menggesa Ketua Armada, Wan Ahmad Fahysal menyatakan pendirian muktamad berkenaan komen penutupan sekolah vernakular sempena bulan kemerdekaan pada Ogos 2020 lalu.

Menurut Muhammad Shakir, kenyataan Wan Fahysal terhadap ahli parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dengan memutar belit komen tersebut di parlimen bahawa beliau hanya memberikan kenyataan tersebut sebagai Ketua Armada serta pendirian berlainan sebagai seorang Timbalan Menteri adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Wan Fahysal harus ingat bahawa beliau adalah orang yang sama tanpa mengira jawatan. Tidak ada pendirian berbeza sebagai pemimpin parti politik atau timbalan menteri.

Advertisement

“Memberikan gambaran negatif terhadap sekolah vernakular bermula dengan pendirian untuk menutup dan seterusnya memberi tanggapan bahawa sekolah vernakular tidak memperkasakan bahasa Malaysia adalah sesuatu kenyataan ‘flip-flop’ yang tidak bertanggungjawab.

“Beliau harus meminta maaf kepada semua keluarga tanpa mengira kaum yang menghantar anak masing-masing ke sekolah vernakular,” kata Muhammad Shakir dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, Armada juga harus mengambil kira bahawa bilangan pelajar Melayu di sekolah Cina telah meningkat kepada 15.33% pada tahun 2020 berbanding dengan 9.5% bagi tahun 2010.

Advertisement

Ia dinyatakan sendiri oleh Menteri Pendidikan daripada Parti Bersatu iaitu Dr. Radzi.

“Peningkatan pelajar Melayu yang memasuki sekolah vernakular harus diambil iktibar oleh pihak yang suka mempertikaikan kewujudan sekolah vernakular kononnya menghalang perpaduan dan integrasi di negara kita.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini mungkin perlu mengkaji kenapa bilangan pelajar Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina meningkat

Advertisement

Mereka juga harus sedar bahawa sekolah vernakular mempaksikan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

“Mungkin mereka boleh bertanya kepada Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi akan sebab kenapa beliau menghantar anaknya ke sekolah cina.

“Oleh yang demikian, pihak Armada bersama pihak lain tidak harus menggunakan kewujudan sekolah vernakular sebagai bahan momokan untuk kepentingan politik kerana sikap inilah yang akan memporak-porandakan perpaduan di negara kita,” kata Muhammad Shakir lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top