BM | EN | 中文

‘Jangan celupar’ kata Exco Armada kepada Ketua Penerangan UMNO

muzammil-ismail-armada-bersatu.jpg

Muzzammil Ismail

Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Exco Armada Nasional Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Muzzammil Ismail mengingatkan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan supaya ‘jangan celupar.

Shahril Hamdan

Kenyataan Muzammil berhubung reaksi Shahril kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Noor supaya “jangan bermimpi” susulan hasrat Bersatu Sabah untuk bertanding 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah akan datang.

“Dua perkataan. Jangan Celupar Ketua Penerangan UMNO,” kata Muzammil dalam kenyataannya semalam.

Advertisement

Menurut beliau apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor adalah hasrat Bersatu dan ia berdasarkan rekod baik Adun kawasan Bersatu di Sabah.

“Kenapa Shahril Hamdan melenting lebih hanya kerana risau kerusi UMNO berisiko dipertandingkan oleh Bersatu?

“Lupakah UMNO rebah di Sabah PRU-14? UMNO boleh membuat kenyataan untuk bertanding di 73 kerusi?, soal Muzammil.

Advertisement

Belau turut membangkitkan persoalan sama ada rakyat telah menerima UMNO secara total pada hari ini dan tidak mengulangi kesilapan Pakatan Harapan.

Hajiji Noor

“Pimpinan utama UMNO dan Bersatu kena jaga bahasa dan jangan celupar. Warisan masih lagi mempunyai ‘strong base’ di Sabah.

“Muhasabah diri dan jangan terlalu ego,” ujarnya lagi.

Advertisement

Shahril sebelum itu dalam satu kenyataan media berkata, jika Bersatu mahu bersahabat dengan UMNO maka sebarang keputusan perlu melalui meja rundingan.

“Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat. Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi.

“Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM (Bersatu) sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 daripada 73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” katanya.

Advertisement

Semalam, Bersatu Sabah melalui ketuanya Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, parti itu akan bertanding di 45 kerusi dalam PRN Sabah.

Beliau berkata, pihaknya bakal mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan mengenai persiapan jentera parti di setiap kawasan DUN Sabah.

“Kita sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kawasan DUN yang akan ditandingi oleh semua calon Bersatu.

Advertisement

“Kita akan mengemukakan calon yang berwibawa, mempunyai kredibiliti, berkemampuan dan mampu memenangi kerusi yang bakal ditandingi,” katanya lagi,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top