BM | EN | 中文

Jangan bawa warga emas, kanak-kanak ke tempat sesak – Exco Kesihatan Johor

kanak-kanak-dan-warga-emas.jpg

Gambar Ehsan Berita Harian SG

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Orang ramai di Johor dinasihatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kekal berada di rumah dan tidak perlu keluar rumah sekiranya tiada urusan penting.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata antara golongan yang perlu dielakkan dari berada di kawasan sesak adalah warga emas dan kanak-kanak.

“JKN Johor juga telah telah menggariskan panduan berhubung larangan bersalaman dan ataupun bersentuhan, merasa sampel makanan, membawa warga emas dan kanak-kanak.

Advertisement

“Orang ramai juga digalakkan untuk tidak memegang susur tangan eskalator,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ini berikutan penutupan sebuah pasar raya terkemuka di negeri ini yang telah mendapat perhatian umum dan orang ramai disarankan mengamalkan norma baharu yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam sebuah pasar raya terkemuka di Taman Desa Tebrau diarahkan tutup setelah didapati tidak mematuhi SOP PKPB.

Advertisement

Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu yang mengesahkan perkara itu, berkata penutupan tersebut berkuat kuasa mulai 4 petang 25 Mei sehingga 1 Jun depan.

Katanya, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru melalui pemantauan dibuat penguat kuasa mendapati pasar raya terbabit tidak mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan.

Ia umumnya tidak memastikan penjarakan sosial, tidak memastikan cecair pembasmi kuman digunakan dan tiada kawalan pengunjung di dalam pasar raya.

Advertisement

“Saya ingin menasihatkan sekali lagi kepada orang ramai agar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh JKN Johor seperti menjaga jarak sosial, memakai penutup hidung dan mulut.

“Cubalah sedaya upaya untuk elakkan berada di tempat yang sesak,” kata Vidyananthan lagi. – Johorkini

Sokong portal media & berita dari Johor

Advertisement

Like, Subscribe, Follow & Share

Youtube http://youtube.com/c/JohorkiniTV

Telegram https://t.me/johorkinimy

Advertisement

Twitter https://twitter.com/myjohorkini

Instagram http://instagram.com/johorkini.my

Website http://johorkini.my

Advertisement

Facebook http://facebook.com/jkini.my

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top