BM | EN | 中文

Jangan ada jurang dalam pelaksanaan undang-undang

Perintah-Kawalan-Pergerakan-PKP.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 APR: Kerajaan diminta untuk tidak memilih bulu atau ‘double standard’ dalam menguatkuasakan penahanan pesalah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Mohd Azam Mektar berkata, sekiranya perkara itu diteruskan, ia seperti mewujudkan jurang dalam perlaksanaan undang-undang di negara ini.

Katanya, kerajaan seharusnya memperlihatkan keadilan untuk semua bukan bersikap pilih bulu.

Advertisement

Azam Mektar

“Semalam tersebar pula teks tulisan Nurul Hidayah anak Preiden Umno dalam media sosial yang mencabar pihak yang mengkritiknya atas dakwaan beliau dan suaminya melanggar PKP.

“Sebelum ini terdapat gambar yang membabitkan Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Pendidikan negeri Perak yang makan bersama membelakangkan PKP tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Namun pengkritik (Azlan Ishak) dari Johor pula yang dijemput pihak polis di rumahnya serta diambil kenyataan kerana tindakan beliau mengkritik Timbalan Menteri dan Exco tersebut.

Advertisement

“Perkara ini bercanggah. Sedangkan dalam ucapan Menteri Pertahanan menyatakan tidak ada sesiapa yang terlepas dari tindakan sewaktu PKP berlangsung,” katanya.

Semalam, seorang pemuda di Johor ditahan dipercayai kerana mengkritik reaksi undang-undang yang berbeza keatas orang awam dan Menteri yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan pemuda tersebut, Azlan Ishak yang berasal dari Bandar Tenggara, Johor ditahan kira-kira pada jam 11 pagi semalam namun dibebaskan pada hari yang sama.

Advertisement

Sementara itu penyelaras Sekretariat Suara Malaysia negeri Johor, Hadzril Ridzal Husin dalam satu kenyataan berkata, tangkapan tersebut sebagai tindakan yang keras.

“Posting Azlan bukanlah berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran atau panik awam. Ia lebih kepada cetusan rasa hati majoriti rakyat yang berdisiplin dan mematuhi arahan PKP ini.

“Justeru itu, jika rakyat yang ingkar PKP dikenakan denda tunai atau penjara, maka adalah amat wajar untuk pemimpin-pemimpin ini meletakkan jawatan mereka kerana telah memberikan contoh tauladan yang salah.

Advertisement

“Jangan kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka ini menghancurkan setiap usaha dan kerja baik Perdana Menteri, pasukan Majlis Keselamatan Negara dan seluruh petugas Barisan Hadapan negara,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top