BM | EN | 中文

Janakuasa biogas mampu selesai masalah bau busuk

IMG-20200216-WA0009.jpg

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri, Tan Chen Choon ketika melawat kilang sawit di Jementah.

Advertisement

SEGAMAT, 17 FEB: Masalah lebih 2000 penduduk di Jementah yang berhadapan dengan bau busuk berpunca dari kilang sawit bakal selesai apabila pemasangan janakuasa biogas peringkat pertama siap sepenuhnya.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri, Tan Chen Choon berkata, bukan sahaja masalah bau busuk dapat diselesaikan, namun dapat juga perkasakan industri sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah banyak terima aduan memgenai pencemaran bau dari kilang di Jementah ini.

Advertisement

“Gas metana yang dikatakan punca bau busuk ini sebenarnya berupaya menghasilkan tenaga eletrik,” katanya selepas melawat kilang tersebut, semalam.

Tambah Chen Choon, peringkat pertama pemasangan janakuasa biogas bagi menghalang pencemaran bau telah mula dilaksanakan.

“JAS akan memantau agar semua kerja pemasangan janakuasa biogas ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top