BM | EN | 中文

JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN TINGKAT KEBOLEHPASARAN PRODUK MALAYSIA

khuzzan-apple-run-2019-booth.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 14 DIS: Jaminan keselamatan makanan oleh pengusaha industri makanan boleh meningkatkan kebolehpasaran produk Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, kawalan keselamatan dan kualiti makanan memberi impak positif kepada ekonomi negara.

“Nilai pengeksportan yang tinggi membuktikan kepercayaan negara-negara pengimport terhadap jaminan keselamatan makanan dan kebolehpasaran produk keluaran Malaysia di peringkat antarabangsa.

Advertisement

“Bagi negeri Johor sendiri, aktiviti pengeksportan produk makanan ke luar negara adalah sangat aktif dan amat memberansangkan.

“Ini dapat dilihat dengan jumlah permohonan bagi pengeluaran sijil-sijil eksport makanan yang semakin meningkat,” kata Khuzzan pada pelancaran program Apple Run 2019 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, hari ini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia dari tahun 2017 hingga Mei 2019, nilai pengeksportan makanan merekodkan pencapaian memberangsangkan iaitu RM 89.3 bilion pada 2017, RM 80 bilion pada 2018 dan RM 33.6 bililion sehingga Mei 2019.

Advertisement

Justeru itu, pengusaha dan pengendali makanan di negeri ini perlu mematuhi peraturan ditetapkan dan menjaga tahap kebersihan premis makanan di samping mempraktik dan memperkukuh amalan baik pengendalian makanan.

Kata Khuzzan, pelbagai inisiatif diwujudkan bagi menggalakkan pemain industri makanan sentiasa mengamalkan kawalan keselamatan makanan.

Antaranya pensijilan bagi Program Jaminan Keselamatan Makanan seperti HACCP, GMP dan MeSTI yang ditawarkan kepada premis pengilangan makanan.

Advertisement

Selain itu terdapat pensijilan Trust My Catering ditawarkan kepada premis katering makanan, pensijilan BeSS untuk premis seperti restoran dan foodtruck.

“Terdapat juga pendaftaran baru yang sedang dan hangat diperkatakan iaitu pendaftaran MyFood Tag dimana program ini melibatkan
kawalan kebolehkesanan di sepanjang rantaian makanan.

“Pelbagai lagi pensijilan yang ditawarkan antaranya pensijilan Makanan Organik, pensijilan Makanan Authentik, pensijilan Food Defense dan Pendaftaran Barangan Seramik.

Advertisement

“Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, pencarian maklumat menjadi semakin mudah.

“Aktiviti promosi tentang kawalan keselamatan dan kualiti makanan ini bukan sahaja dijalankan melalui program yang dianjurkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, malah maklumat turut disampaikan melalui media sosial,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top