BM | EN | 中文

JAMBATAN SUNGAI PULAI SIAP 2021

IMG-20191017-WA0001.jpg
Advertisement

PONTIAN, 17 OKT : Projek jambatan Sungai Pulai, di sini yang bernilai RM650 juta dijangka siap pada 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, projek ini merupakan kerjasama antara pihak swasta dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

“Pembangunan projek ini akan memberi kemudahan lebih dari 20,000 penduduk Johor terutama di Tanjung Piai dan pontian.

Advertisement

“Pembinaan jambatan ini juga dapat memudahkan dan memendekkan perjalanan dari Tanjung Piai ke Gelang Patah dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditanya tentang perkembangan infrastruktur di Pontian.

Terdahulu, Mohd Solihan mengadakan lawatan ke pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Pontian, di sini, semalam.

Advertisement

Adun Tenang itu memberitahu, kerajaan negeri juga telah mengarahkan kerja-kerja penurapan beberapa jalan di daerah Pontian dalam masa terdekat.

“Bagi memperbaiki jalan-jalan di Pontian, kerja-kerja penurapan akan segera dilakukan membabitkan peruntukkan bernilai RM4.4 juta,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top