BM | EN | 中文

Jambatan Jalan Tangkak-Segamat retak, hanya boleh dilalui kenderaan ringan

solihan-tangkak-segamat.jpg
Advertisement

SEGAMAT. 13 MAC: Struktur jambatan di Jalan Tangkak-Segamat, berhampiran pintu masuk Gunung Ledang Resort retak dan hanya kenderaan ringan dibenarkan melaluinya buat masa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohd Solihan Badri berkata, pemeriksaan mandatori jambatan tahunan yang dibuat pada tahun 2019 mendapati jambatan tersebut mengalami kerosakan dan menjadi makin teruk pada awal tahun ini.

Katanya ia disebabkan kenderaan berat yang melebihi had muatan melalui jambatan tersebut iaitu sekitar 36 tan.

Advertisement

“Pihak forensik telah datang membuat pemeriksaan pada jambatan pada 26 Februari dan hasil laporan yang dikeluarkan pada 4 Mac mendapati jambatan mengalami kerosakan yang amat serius dan tidak selamat untuk kenderaan yang melebihi had muatan tiga tan.

“Pengesyoran pihak forensik ialah mengenakan sekatan berat muatan kepada kenderaan berat dengan had berat maksimum tidak melebihi tiga tan dimana hanya kenderaan ringan sahaja yang dibenarkan melalui jambatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Solihan yang juga ADUN Tenang yang turut membuat lawatan ke lokasi tersebut berkata, gantri/palang akan dipasang dikedua dua arah jambatan mengikut ketinggian yang sesuai sebagai kawalan access untuk kenderaan ringan sahaja.

Advertisement

“Selain itu pihak forensik mencadangkan membuat pengantian jambatan sediada kepada jambatan baru dan papan tanda pemberitahuan dan papan tanda laluan alternatif telah dipasang di lokasi strategik sepanjang Jalan Tangkak-Segamat FT023 untuk panduan pengguna,” katanya.

Pengguna diminta menggunakan dua laluan alternatif dari Tangkak ke Segamat iaitu melalui Jalan Tangkak-Segamat (FT023) – Jalan Bekoh (J123) – Jalan Chohong-Nyalas dan (M15) – Jalan Asahan (M125) – Jalan Asahan-Jementah (J277) – Jalan TangkakSegamat (FT023)

Selain itu jalan alternatif lain ialah Jalan Tangkak-Segamat (FT023) – Jalan Parit Kasan-Sagil (J194) – Jalan Sg. MatiBukit Serampang (J33) – Jalan Sengkang (J143) – Jalan Kpg. Teratai (J188) – Jalan Durian Chondong (J34) – Jalan Tangkak-Segamat (FT023).

Advertisement

Pengguna jalan raya yang dari Lebuhraya Utara-Selatan (E2) juga boleh menggunakan laluan alternatif dari Tol Bukit Gambir – Jalan Sg. Mati-Bukit Serampang (J33) – Jalan Sengkang (J143) – Jalan Kpg. Teratai (J188) – Jalan Durian Chondong (J34) – Jalan Tangkak-Segamat (FT023).

“Mesyurat penyelarasan telah diadakan di JKR Tangkak pada 9 Mac bagi tujuan melaksanakan pengesyoran yang dibuat oleh pihak forensik JKR Malaysia.

“Permohonan penurunan had warta berat muatan daripada 36 tan kepada 3 tan telah dipanjangkan kepada pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan(CSFJ) pada 9 Mac dan kelulusan telah diberikan oleh Menteri Kerja Raya pada 11 Mac,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top