BM | EN | 中文

Jambatan Jalan Tangkak-Segamat ditutup 25 Julai – 12 Ogos

baikpulih-jambatan-tangkak-segamat.png
Advertisement

SEGAMAT, 16 JUL: Jambatan di Jalan Tangkak-Segamat berhampiran Gunung Ledang Resort ditutup sepenuhya kepada semua jenis kenderaan bagi kerja-kerja pemasangan Jambatan Panel Keluli Bermodular bermula 25 Julai ini hingga 12 Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata orang ramai boleh menggunakan dua laluan alternatif dari Tangkak ke Segamat berdasarkan papan tanda yang dipasang di lokasi strategik jalan berkenaan.

Laluan pertama ialah melalui Jalan Tangkak-Segamat-Jalan Bekoh-Jalan Chohong-Nyalas- Jalan Asahan-Jalan Asahan-Jementah – Jalan Tangkak- Segamat, katanya dalam dalam kenyataan.

Advertisement

Laluan alternatif kedua pula menerusi Jalan Tangkak-Segamat – Jalan Parit Kasan-Sagil – Jalan Sungai Mati- Bukit Serampang – Jalan Sengkang – Jalan Kampung Teratai – Jalan Durian Chondong – Jalan Tangkak- Segamat .

“Sementara itu, pengguna jalan raya dari Lebuhraya Utara-Selatan boleh menggunakan laluan alternatif dari Tol Bukit Gambir-Jalan Sungai Mati-Bukit Serampang -Jalan Sengkang -Jalan Kampung Teratai – Jalan Durian Chondong – Jalan Tangkak-Segamat,” katanya, lapor Bernama.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Tangkak di talian 06-9787655.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top