BM | EN | 中文

JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI PACU PELANCONGAN DI TANJUNG PIAI

suhaizan-sepakat-komuniti.jpg
Advertisement

PONTIAN, 25 OKT: Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat meminta agar kerajaan pusat mempertimbangkan untuk menaiktaraf rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan Tanjung Piai.

Beliau yang merupakan penyelaras DUN Kukup berkata, sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, seharusnya liputan jalur lebar di kawasan ini diperkasakan agar semua pihak mendapat manfaat dari kemudahan tersebut.

“Apatah lagi pada 26 Disember ini, Tanjung Piai akan menjadi tumpuan dunia di mana gerhana matahari cincin akan dapat dilihat secara penuh di sini.

Advertisement

“Kejadian tersebut pastinya akan memerlukan kekuatan atau kelajuan internet yang baik,” kata Suhaizan dalam ucapannya pada program Sepakat @ Komuniti Jabatan Penerangan Johor disini, hari ini.

Menurutnya, rangkaian jalur lebar sedia ada tidak memiliki liputan meluas terutamanya di kawasan pedalaman Tanjung Piai, menyebabkan maklumat dari pihak kerajaan tidak dapat disampaikan dengan baik.

“Saya mengambil contoh soal penerangan berkenaan dengan insentif kerajaan melalui sektor pertanian seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) nelayan yang telah dinaikkan dari RM 200 kepada RM 250.

Advertisement

“Disebabkan ini, rakyat tidak maklum tentang perkara tersebut, sehinggakan insentif dari kerajaan kepada rakyat tidak berjaya dinikmati oleh mereka.

“Selain itu disebabkan internet yang kurang baik, ia membuatkan rakyat di kawasan ini tidak tahu bagaimana untuk mencari saluran menyuarakan pendapat mereka kepada pihak berwajib,” kata Suhaizan lagi.

Dalam pada kata Suhaizan, terdapat banyak penyebaran berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran rakyat.

Advertisement

Justeru, beliau mengesyorkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melakukan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat salah dengan niat jahat.

“Perlu diperkasakan lagi soal mengenai penyebaran berita palsu kerana ia akan menggugat ketenteraman awam serta membuatkan orang ramai panik.

“Saya berharap agar kerajaan komited untuk membantu kawasan ini agar segalanya dapat berjalan dengan baik serta sempurna,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top