BM | EN | 中文

JALINAN YPJ, MAHASISWA LAKSANA PROJEK MASYARAKAT

IMG-20191119-WA0023.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 20 NOV: Usaha kerajaan negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dalam mengiktiraf peranan mahasiswa Johor diteruskan melalui pelaksanaan projek kemasyarakatan berimpak tinggi.

Proses pembiakan Azola

Antara yang dijalankan ialah penanaman Azolla oleh kumpulan Mahasiswa Harapan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM) bagi membantu golongan sasar dari kalangan penduduk di Felda Bukit Batu, Kulai.

Advertisement

Projek itu diketuai siswa USM, Saiful Hazim Samsul Bahari di bawah seliaan Profesor Madya Dr Nasir Mohamed yang juga merupakan penasihat utama Persatuan Ikatan Mahasiswa/I Johor (Ikmar).

Azola, sesuai sebagai makanan pelbagai jenis haiwan ternakan seperti ayam, itik, lembu, kambing dan ikan

Dalam satu kenyataan Saiful berkata, melalui projek tersebut para penduduk dilatih untuk membiakkan Azolla untuk dijadikan makanan kepada haiwan ternakan.

“Azolla merupakan sebuah tumbuh-tumbuhan hijau yang terapung di atas permukaan air dan mempunyai banyak khasiat yang belum diketahui ramai.

Advertisement

“Azolla mempunyai protein yang tinggi dan mencapai 35 peratus lebih tinggi daripada dedak.  Ia sesuai sebagai makanan pelbagai jenis haiwan ternakan seperti ayam, itik, lembu, kambing dan ikan.

“Dengan adanya tumbuhan hijau Azolla ini, kos makanan penternak haiwan juga dapat dijimatkan kerana kos penanaman Azolla ini jauh lebih rendah untuk dilaksanakan,” katanya.

Difahamkan, kira-kira 60 bekas Azolla berjaya dibiakkan dan kesemuanya ditempatkan di bawah satu bumbung yang dipanggil ‘Rumah Azolla’, di Felda Bukit Batu, Kulai.

Advertisement

Tambahnya, fungsi utama Rumah Azolla adalah bagi menjamin dan menjaga kebersihan Azolla daripada bendasing seperti habuk, kuman, serangga perosak dan lain-lain.

“Projek ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua masyarakat dan mencapai objektif projek seperti yang telah dirancang,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top