BM | EN | 中文

Jalinan teknologi dengan alam, ramuan bandar pintar

IMG-20200216-WA0005.jpg

Datuk Dr Sahruddin Jamal (lima dari kiri) bersama para pemegang taruh pada majlis pelancaran penjenamaan Bandar Seri Alam Sebagai 'Smart City of Knowledge' di Seri Alam Properties, di Pasir Gudang.

Advertisement

PASIR GUDANG, 16 FEB: Jalinan teknologi antara ekonomi, alam sekitar dan pembangunan sosial yang seimbang merupakan elemen penting bagi pembangunan sesebuah bandar pintar.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, selain tiga elemen itu, integrasi teknologi yang mampan dalam perkhidmatan bandar akan turut menambah baik keselamatan awam dan kualiti hidup rakyat.

Katanya, enam faktor bagi mewujudkan asas ke arah membina bandar impian yang seimbang adalah Ekonomi Pintar, Tadbir Urus Pintar, Alam Sekitar Pintar, Mobiliti Pintar, Orang Pintar dan Hidup Pintar.

Advertisement

“Kepentingan menjadikan Malaysia sebagai Bandar Pintar merupakan antara perkara yang menjadi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Bandar pintar adalah mengintegrasikan teknologi mampan dalam perkhidmatan bandar, yang akan menambah baik keselamatan awam dan kualiti hidup rakyat.

“Antaranya, rangkaian teknologi generasi kelima atau 5G, komuniti tanpa tunai, pengangkutan awam yang efisien, bangunan cekap tenaga, rawatan air dan pengurusan sampah pintar,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran penjenamaan Bandar Seri Alam Sebagai ‘Smart City of Knowledge’ di Seri Alam Properties, dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi UMLand, Tun Musa Hitam dan Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Johor, Dzulkefly Ahmad.

Dr Sahruddin turut berkata, definisi Bandar Pintar daripada sudut pandang Iskandar Malaysia adalah cara berfikir dan pelaksanaan bagi mencapai visi Iskandar Malaysia pada tahun 2025.

Advertisement

“Melalui kesemua usaha ini, pastinya akan wujud pelbagai manfaat meliputi semua pihak khususnya dalam membantu masyarakat setempat menikmati faedah daripada pertumbuhan ekonomi wilayah ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top