BM | EN | 中文

JALINAN PUSAT, NEGERI LANCARKAN AGENDA PEMBANGUNAN – MB JOHOR

IMG-20190930-WA0001.jpg
Advertisement

PONTIAN, 30 SEPT: Jalinan kerjasama di antara kerajaan Pusat dan negeri akan melancarkan harapan dan aspirasi rakyat, sekali gus menerajui perubahan bagi memastikan Johor menjadi sebuah negeri yang dinamik serta disegani.

Justeru tu, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, melalui sokongan berterusan kepada idea dan aspirasi kerajaan semasa,  kemakmuran negara dapat diagihkan secara saksama melalui agenda pembangunan yang dirancang.

“Di peringkat pusat, (pentadbirnya) adalah Pakatan Harapan. Begitu juga di negeri Johor.

Advertisement

“Harapan saya, beritahu orang-orang di luar sana untuk pastikan menyokong aspirasi dan idea kerajaan yang ada sekarang. Kerajaan yang memerintah negeri dan negara.

“Insya Allah dengan sokongan Tuan-tuan dan Puan-puan, kita dapat memastikan agenda kerajaan yang ada sekarang untuk membangunkan rakyat dapat diteruskan di kawasan Pontian, khususnya di Tanjung Piai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program pemimpin bersama masyarakat di Pusat Informasi Pelancongan Pontian, disini, semalam.

Advertisement

Dalam pada itu, kata Sahruddin, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan ketua masyarakat di sesebuah kawasan perlu menjadi ‘barisan hadapan’ bagi mendengar keluhan rakyat serta menjadi ‘jambatan’ antara masyarakat dengan kerajaan.

“MPKK dan ketua masyarakat perlu memainkan peranan dengan menyampaikan segala dasar dan agenda kerajaan kepada masyarakat selain menjadi perantara yang dapat mewujudkan suasana harmoni dan bersatu padu.

“Ini semua penting demi memastikan kemajuan dan pembangunan sama ada di peringkat negeri dan kampung dapat dilakukan dengan jayanya oleh jentera kerajaan tanpa mengenepikan soal kesejahteraan masyarakat,” kata Sahruddin.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Bukit Kepong berkata, kerajaan negeri komited untuk memastikan Johor menjadi sebuah kuasa ekonomi yang disegani di peringkat nasional dan global.

“Semua itu tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada masyarakat.

“Saya mengajak semua masyarakat untuk terus mendokong aspirasi kerajaan negeri Johor bagi mencapai status Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top