BM | EN | 中文

JALINAN MITI, PBT JADIKAN JOHOR MESRA PELABUR

gmbr-fail-jimmy-puah-1.jpg

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Sebarang permasalahan yang dihadapi pelabur dan sektor industri di Johor akan dipantau dan diuruskan dalam memastikan Johor terus menjadi tempat mesra pelabur.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti, Jimmy Puah Wee Tse, telah ada platform seperti mesyuarat berkala IPMC (Industrial Park Management Comittee).

“Mesyuarat IPMC di peringkat PBT yang disertai wakil MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) membolehkan pihak industri menyuarakan isu yang timbul kesan dasar yang diperkenalkan peringkat persekutuan.

“Melalui Jawatankuasa Bersama Industri (JBI) juga isu-isu berkaitan perdagangan dan industri dapat diketengahkan,” katanya pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jimmy (Bukit Batu-PH) menjawab soalan Ir. Dr. Faizul Amri Adnan (Serom-PH) mengenai tindakan negeri Johor untuk menangani isu sekatan perdagangan.

Tambah Jimmy lagi, bagi menangani impak sekatan perdagangan kuasa ekonomi besar seperti Amerika Syarikat, Malaysia menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan negara jiran khususnya ASEAN.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top