BM | EN | 中文

Jalinan kerjasama UTM dan sekolah bentuk komuniti berpendidikan tinggi

utm.jpg

Naib Canselor UTM, Prof Ir Datuk Dr Wahid menandatangani plak pada majlis Universiti Bersama Sekolah dan perasmian Sekolah Angkat Azman Hashim International Business School (AHIBS) UTM di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 (SKTU 4) disini, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 FEB: Kerjasama erat antara universiti dan sekolah perlu diperkukuh sejajar hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi gagasan ‘Sekolah Untuk Komuniti, Universiti Untuk Masyarakat’.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Datuk Dr Wahid Omar berkata, pihaknya melihat kepentingan tersebut dan memulakan inisiatif turun ke sekolah bagi mengeratkan jalinan melalui program berbentuk pendidikan.

Katanya, melalui Pusat Jaringan Komuniti & Industri (CCIN), suatu program kolaborasi dengan kerjasama pihak sekolah, ibu bapa dan para pelajar dianjurkan seiring semangat dan motto UTM, ‘Kerana Tuhan Untuk Manusia’.

Advertisement

“Program julung kali diadakan ini memfokuskan penyertaan universiti untuk terus dekat bersama komuniti, lebih-lebih lagi dalam radius paling hampir.

“Sesungguhnya pertemuan bersama pihak sekolah memperlihatkan kesungguhan dan komitmen universiti terhadap sekolah untuk sama mendukung cita-cita bersama sekaligus merapatkan ukhwah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Universiti Bersama Sekolah dan perasmian Sekolah Angkat Azman Hashim International Business School (AHIBS) UTM’ di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 (SKTU 4), disini hari ini.

Advertisement

Wahid turut memberitahu, program sekolah angkat tersebut bukan sesuatu yang asing, kerana UTM sebelum ini telah menjalinkan kerjasama semenjak 2015.

“Pengukuhan kelestarian ini dilakukan dengan pelbagai program yang telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun.

“Antara program sepanjang tahun yang akan dijalankan adalah teknik bimbingan menjawab soalan UPSR, bengkel motivasi dan majlis anugerah kecemerlangan.

Advertisement

“Ia bertujuan melengkapkan pelajar dalam menghadapi proses pembelajaran dengan lebih berkesan, mewujudkan semangat kesedaran dan sikap positif untuk mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top