BM | EN | 中文

JALIL RASHEED BAKAL TERAJUI PNB, CIPTA REKOD SELAKU CEO DAN PRESIDEN TERMUDA

News-27-8-29-12.45pm.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Pakar pelaburan, Jalil Rasheed, 37, akan menerajui Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) selepas dilantik sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulannya yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Pelantikan Jalil bagi menerajui syarikat pelaburan berkait kerajaan (GLC) tersebut juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi presiden dan ketua eksekutif kumpulan termuda dalam sejarah PNB sejak ia ditubuhkan pada Mac 1978.

PNB dalam satu kenyataan hari ini, berkata pada masa ini, Jalil ketika ini bertugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif operasi Asia Selatan Invesco, yang merupakan sebuah firma pelaburan global utama yang mengurus lebih AS$1.2 trilion (RM5.05 trilion) dalam pelbagai kelas aset pelaburan di lebih 25 negara.

Advertisement

Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata pelantikan baharu tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memanfaatkan kepakaran rakyat Malaysia yang berpengalaman bertugas di luar negara.

Pelantikan ini juga seiring dengan inisiatif strategik PNB untuk mempelbagaikan aset di peringkat global.

Lembaga Pengarah PNB turut mengalu-alukan kehadiran Jalil yang membawa bersama beliau pengalaman yang luas dalam menguruskan pelaburan global.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top