BM | EN | 中文

Jalan runtuh dekat Kampung Palembang Kluang, pengguna diminta waspada

Kampung-Palembang-Kluang.jpg

KLUANG, 4 SEPT: Pengguna jalan raya dekat Kampung Palembang di sini, dinasihatkan supaya berwaspada jalan di kawasan itu didapati mengalami mendapan tanah yang teruk sehingga berlakunya runtuhan tanah.

Ahli parlimen Kluahg, Wong Shu Qi berkata, penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan itu perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ahli parlimen Kluahg, Wong Shu Qi

Antara penduduk yang terjejas melibatkan kawasan Kampung Palembang,Taman Lian Seng,Taman Murni, Taman Pelangi, Taman Pelangi Jaya, Taman Melodi, Taman Suria, Taman Sri Permai, Kampung Paya dan Taman Kluang Baru

“Untuk makluman, jalan menuju ke arah Kampung Palembang ditutup buat sementara waktu kerana keruntuhan jalan yang telah berlaku.

“Dalam siasatan yang dilakukan, struktur jambatan itu didapati tidak mempunyai masalah, namun kerja pembaikan masih perlu dijalankan untuk langkah berjaga-jaga kerana kabel elektrik dan paip air berdekatan mudah rosak,” katanya dalam satu pemakluman.

Difahamkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kluang telah memulakan kerja pembaikan.

Tambah Shu Qi lagi, kerja-kerja bakpulih akan mengambil masa dua hingga tiga hari dan sedikit masa lagi adalah perlu untuk memperkuatkan struktur tanah agar kerja penurapan jalan dapat dimulakan.

“Selain itu, kerja perparitan juga turut akan dimulakan selepas ini,” katanya.

“Kami ingin meminta kerjasama penduduk setempat untuk bersabar agar Bandar Kluang dapat menjadi tempat yang lebih baik dan lebih indah untuk kesejahteraan warga Kluangm” kata Shu Qi yang turut menandakan tanda pagar #SayangiKluang dalam kenyataannya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top