BM | EN | 中文

Jalan Mengkibol ke Jambatan Mardi Kluang ditutup 11 – 14 Februari 2020

landasan-keretapi-01-scaled.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 FEB: Majlis Perbandaran Kluang (MPK) memaklumkan, penutupan jalan sementara akan berlaku di laluan bandar Kluang-Renggam antara Jalan Mengkibol hingga Jambatan Mardi pada 11 hingga 14 Februari ini.

Dalam satu kenyataan MPK memberitahu, laluan tersebut ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan di lokasi berhampiran Sime Darby Lambak Elaise bagi Projek Landasan Keretapi Berkembar Gemas – Johor Bahru.

Kerja-kerja pemasangan tersebur akan dilakukan oleh pihak kontraktor SIPP YTL JV dan jalan itu ditutup bagi tempoh tersebut bagi semua jenis kenderaan.

Advertisement

“Sehubungan dengan itu, Jalan Mengkibol akan ditutup sementara kepada semua kenderaan pada 11 hingga 14 Februari 2020 bermula pada jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi.

“Kepada penduduk yang ingin ke Renggam boleh menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Kota Tinggi ke Jambatan Mardi,” kenyataan MPK dipetik.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top