BM | EN | 中文

Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula

Jalan-Segamat-Muadzam-Kuantan-dibuka-semula.png
Advertisement

KUANTAN, 5 JAN: Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, dekat sini, yang ditutup sejak Jumaat lepas ekoran tanah runtuh di dua lokasi, dibuka semula petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof.

Bagaimanapun, pembukaan itu hanya melibatkan satu lorong di kedua-dua lokasi kejadian iaitu Kilometer (KM) 63 serta KM73 dan orang ramai diminta mematuhi arahan petugas bagi memastikan kelancaran aliran trafik.

“Mereka juga dinasihatkan untuk berhati-hati sepanjang perjalanan memandangkan buat masa ini, jalan basah dan cuaca masih hujan di lokasi,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Advertisement

Terdahulu Bernama melaporkan, Jalan Kuantan-Segamat ditutup mulai 10 pagi Jumaat lepas, selepas berlaku tanah runtuh di dua lokasi terlibat yang merupakan sebahagian daripada kawasan pembinaan projek menaik taraf Jalan Persekutuan dari Gambang, Kuantan hingga Segamat, Johor fasa satu.

Runtuhan dipercayai berlaku akibat hujan berterusan seharian yang mengakibatkan kewujudan lubang besar di bahu jalan KM63 manakala aliran air yang deras menyebabkan berlakunya mendapan merentangi kedua-dua lorong di KM73.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top