BM | EN | 中文

JALAN KG HAJI MANAN KE PEKAN NYIOR DIBUKA

jalan-kluang-nyior-solihan2.jpg
Advertisement

KLUANG, 24 OKT: Jutaan ringgit yang diperuntukkan bagi membina jalan asas dan menaiktaraf infrastruktur adalah bertujuan untuk membawa kemajuan dan keselesaan kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor, Solihan Badri berkata, melalui penyiapan Jalan Haji Manan ke pekan Nyior di Kluang, ia memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk meneruskan pembangunan terutama di kawasan luar bandar.

“Projek yang menelan kos jutaan ringgit ini ternyata banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya kerana jalan pintasan ini mempunyai panjang kurang 1 kilometer.

Advertisement

“In dapat menjimatkan masa sehingga 30 minit dari jalan sedia ada yang melalui bandar Kluang.

“Semoga projek seumpama ini dapat diteruskan lagi ke kawasan lain untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johor,” kata Solihan.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian dan penyerahan projek pembinaan Jalan Haji Manan ke pekan Nyior di Pejabat Tapak Projek, dekat Taman Sri Suria, Kluang hari ini.

Advertisement

Difahamkan, pembinaan jalan pintas sepanjang kira-kira 1 kilometer itu bagi menyuraikan trafik dari jumlah kenderaan yang semakin meningkat di bandar Kluang.

Malah, melalui penyiapan projek pembinaan jalan ini dapat memudahkan warga Kluang, antaranya kepada mereka yang tinggal di pekan Nyior, pekan Paloh, selain penduduk di kawasan ladang dan kampung-kampung sekitar yang ingin ke bandar Kluang.

Hadir sama wakil rasmi Adun Mengkibol, Muhamad Said Jonit, Adun Mengkibol Chew Chong Sin dan Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top