BM | EN | 中文

Jalan Johor Bahru-Mersing ditenggelami banjir kilat

banjir-kilat-jalan-kota-tinggi-johor-bahru.jpg

Gambar Ehsan FB JKR Kota Tinggi

Advertisement

KOTA TINGGI, 4 NOV: Hujan lebat menyebabkan laluan FT003 Jalan Johor Bahru-Mersing ditenggelami banjir kilat dan hanya boleh dilalui kenderaan berat, hari ini.

BH Online melaporkan kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang tadi.

“Jalan berhampiran Bukit Samsu-LGM ditutup sementara kepada kenderaan ringan sepanjang dua kilometer kerana dinaiki air setinggi 0.350 meter.

Advertisement

“Jalan alternatif yang boleh dilalui ialah FT092 (Jln Kota Tinggi-Sg Rengit) dan FT099 (Jln Sg.Mas/Lok Heng/Mawai)

“Limpahan air longkang dan anak sungai menyebabkan jalan dinaiki air di kedua-dua arah,” katanya.

Di samping itu, beberapa jalan lain turut dinaiki air tetapi masih boleh dilalui kenderaan ringan.

Advertisement

Antaranya, J179 Jalan Perani membabitkan jalan sepanjang 200 meter dinaiki air 0.250 meter.

“Keadaan jalan boleh dilalui semua kenderaan berikutan air tidak deras dan beransur surut,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top