JOHOR BAHRU, 26 DIS : Beberapa jalan masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang, di sini akan ditutup buat sementara waktu pada Ahad ini dari jam 10 malam hingga 6 pagi keesokkannya.
Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam kenyataannya memberitahu, penutupan jalan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jejantas yang akan dilaksanakan di jalan tersebut yang mana jalan yang terlibat termasuklah :
1.Jalan Persiaran Perling – Lebuhraya Pasir Gudang
2.Skudai (dari arah Pusat Bandar) – Lebuhraya Pasir Gudang
3.Skudai (dari arah Senai) – Lebuhraya Pasir Gudang
4.Pasir Gudang – Perling
5.Jalan Kempas (arah Datin Halimah ke Kempas Baru) – Lebuhraya Pasir Gudang
6.Jalan Kempas (dari arah Setia Tropika ke Datin Halimah) – Lebuhraya Pasir Gudang (menghala Perling)
Menurut kenyataan itu lagi, sehubungan ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan serta menggunakan laluan alternatif yang telah dicadangkan iaitu:
1.Laluan alternatif dari arah Skudai ke Pasir Gudang ialah melalui Jalan Tampoi – Jalan Pandan – Lebuhraya Pasir Gudang.
2.Laluan alternatif dari arah Pasir Gudang ke Skudai adalah melalui Jalan Kempas Spur – Jalan Tampoi – Jalan Skudai.
Tambahnya lagi, untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman Facebook JKR Johor dan MBJB atau menghubungi talian hotline JKR Johor Bahru 07-2240576 atau 07-2223133.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya kenyataan itu lagi.
JohorKini