BM | EN | 中文

Jalan di Iskandar Malaysia bakal guna campuran getah beku dan bitumen

iskandar-malaysia-kota-iskandar.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan unsplash.com)

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 FEB: Sebahagian jalan di Iskandar Malaysia, Johor akan dibina menggunakan teknologi Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) dan teknologi turapan bitumen sekerap terubahsuai (CMB).

Projek pembinaan jalan menggunakan kaedah penurapan campuran getah beku dan bitumen itu sudah dibincangkan antara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Jumaat lalu.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata jalan sepanjang 20 kilometer (km) di kawasan seliaan IRDA itu akan dibina dengan menggunakan teknologi CMA dan CMB.

Advertisement

Katanya lagi, pembinaan jalan menggunakan teknologi CMA dan CMB mampu meningkatkan permintaan dan penggunaan getah beku sekali gus menaikkan pendapatan pekebun kecil.

“Teknologi itu sudah dilaksanakan pada projek pembinaan jalan sepanjang 200km seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh negara, termasuk lima kilometer di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

“CMA adalah kaedah penurapan jalan menggunakan bitumen dan getah beku sebagai bahan campuran asfalt yang boleh mengurangkan keretakan dan aluran,” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian selepas menyantuni masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), di Taman Wakaf Tembusu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top