KOTA TINGGI, 18 NOV: Kerajaan negeri Johor hari ini mengesahkan bahawa Laluan Perjalanan Vaksln (VTL} darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan VTL melibatkan laluan udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA} pada 29 Nov ini.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan juga bekerja di Johor Bahru.
“Saya ada berita baik untuk dikongsi. Kami sentiasa bemubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan kerajaan Persekutuan dan negeri telah disahkan bahawa perjalanan darat akan bermula pada 29 Nov ini,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Four Points oleh Sheraton Desaru Hotel di sini hari ini.
Pada 8 Nov lalu,Perdana Menteri Datuk Seri Ismail SabriYaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hslen Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan indivldu yang sudah melengkapkan vaksinasi COVI0-19 boleh berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 Nov lni.
Sementara itu, Hasni berkata tahun depan akan menjadli tahun optimis dan penumbuhan bagl semua sektor ekonomi di Johor.
Memandangkan sempadan antarabangsa dibuka semula secara perlahan-lahan dan pergerakan manusia tidak lagi terhad seperti sebelum ini, Johor berharap pemulihan segera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penurunan kadar pengangguran,” katanya.
Hasni berkata pelancaran Four Points by Sheraton Desaru Hotel akan menjadi bukti yang paling sesuai untuk apa yang akan dibawa pada 2022 ke Johor, bukan sahaja untuk sektor pelancongan tetapi juga untuk ekonomi secara amnya.
Beliau menambah Johor adalah tempat yang tepat bagi sektor swasta untuk menganjurkan acara sukan dan riadah antarabangsa kerana kedudukannya yang ideal dengan Singapura, kesalinghubungan dan infrastruktur.
Johorkini