BM | EN | 中文

Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang dinaiktaraf

Jalan-Batu-Pahat-Ayer-Hitam-Kluang-dinaiktaraf-Johor.jpg

Gambar Ehsan UKK Kementerian Kerja Raya

Advertisement

BATU PAHAT, 12 NOV: Projek naik taraf laluan FT050 menghubungkan daerah Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang adalah penting dan mendesak bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut yang tinggi di sepanjang jajaran ini yang direkodkan sebagai lokasi kemalangan tertinggi di Malaysia.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukkan RM250 juta bagi menaiktaraf laluan berkenaan selepas diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Projek berkenaan sudah bermula 26 Oktober lalu dan dijangka siap 25 Oktober 2024. Selain memastikan laluan ini selamat dilalui, ia juga akan meningkatkan keselesaan pengguna.

Advertisement

“Matlamat utama projek berkenaan adalah mengurangkan kes kemalangan serta memastikan aliran trafik lebih lancar dan terkawal.

“Daripada tahun 2015 hingga 2020, terdapat sejumlah 405 kemalangan dengan 227 kemalangan maut dicatatkan di laluan FT050,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Kontraktor dan Pecah Tanah bagi pelaksanaan Projek Membina Median, Pusingan U Dan Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Batu Pahat – Ayer Hitam – Kluang FT050 Daripada Parit Sempadan, Batu Pahat (Seksyen 21) hingga Jambatan Merentasi Lebuhraya PLUS (Seksyen 34.5) di Pekan Ayer Hitam, semalam.

Advertisement

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri.

Menurut Fadillah, laluan yang menghubungkan pekan Parit Raja ke Plaza Tol Ayer Hitam berkenaan juga direkodkan sebagai laluan berkapasiti tinggi dan sering berlaku kesesakan teruk terutama pada musim cuti perayaan.

“Kajian trafik yang dijalankan pada tahun 2020 merekodkan 28,298 trafik dalam masa 16 jam dan 2,279 trafik dalam waktu puncak 5 petang hingga 6 petang.

Advertisement

“Jumlah trafik dilaluan berkenaan adalah tertinggi di daerah Batu Pahat berbanding kawasan lain di daerah sama.

“Projek berkenaan membabitkan pembinaan pembahagi jalan sepanjang 13.5 kilometer dengan tiga pusingan U bagi kenderaan berat, pelebaran bahu jalan sedia ada dari jalan tunggal empat lorong kepada jalan berkembar empat lorong 13.5 kilometer.

“Ia membabitkan kerja menaik taraf lima persimpangan (Persimpangan Parit Sempadan, Pekan Parit Raja, Parit Botak, Pekan Ayer Hitam dan Bandar Baru Ayer Hitam), membina tiga jejantas baharu untuk pejalan kaki dan laluan motosikal dan menaik taraf sistem perparitan dan pembentung sedia ada,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Fadillah berkata, pihaknya akan meminta pasukan projek menyediakan saluran aduan bagi penduduk sekitar dan pengguna jalan raya yang ingin menyalurkan aduan dan cadangan ketika projek berkenaan berjalan.

“Kita akan wujudkan ruangan untuk mereka buat aduan dan cadangan bagi memastikan projek naik taraf ini dapat dilakukan dengan baik dan pasukan ini dapat berbincang untuk atasi sebarang kesulitan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top