BM | EN | 中文

Jalan baru Paloh-Bekok jimatkan masa, jana ekonomi – Sheikh ‘Umar

sheikh-omar.jpg

Sheikh 'Umar (dua,kanan) melawat tapak cadangan pembinaan Jalan Paloh-Bekok bersama pihak Jabatan JKR Kluang dan KPLB

Advertisement

KLUANG, 4 FEB: Pembinaan Jalan Paloh-Bekok dijangka mampu memendekkan masa perjalanan di antara Pekan Paloh, di sini dengan pekan Bekok di Segamat.

ADUN Paloh, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berkata, beliau turut berharap agar projek tersebut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12)

Katanya, apabila siap kelak penduduk di kedua-dua pekan itu dapat memendekkan perjalanan kepada 18 kilometer berbanding sejauh 76 kilometer sebelum ini dengan melalui pekan Yong Peng.

Advertisement

“Jalan ini sangat penting dan menjadi keperluan, khususnya kepada pengguna jalan raya dari Paloh ke Bekok. Kalau dari segi daerah ia adalah dari Kluang ke Segamat.

“Kita dalam usaha untuk pastikan cadangan projek ini dimasukkan dalam RMK-12,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengadakan lawatan ke tapak cadangan projek itu bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kluang dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) baru-baru ini.

Advertisement

Turut sama hadir adalah pihak pengurusan Ladang Kempas Klebang, Paloh dan juga Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia (KHM) DUN Paloh.

“Sebelum ini warga Paloh perlu melalui Yong Peng dahulu sebelum ke Bekok dan ianya mengambil jarak kira-kira 76km.

“Jika cadangan menaiktaraf Jalan Paloh-Bekok ini diluluskan, jarak dari dua kawasan ini akan menjadi sejauh 18km sahaja. Satu perkara yang sangat baik dan bermakna buat warga Paloh dan Bekok,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau yang juga Exco Kesahawanan, Koperasi, Sains dan Teknologi negeri berkata, pembinaan jalan tersebut mampu menjana ekonomi penduduk setempat di sepanjang jajaran jalan di antara pekan Paloh dan Bekok.

“Semoga segala apa yang dirancang ini dipermudahkan untuk dilaksanakan. Yang terbaik untuk rakyat Paloh, Insya Allah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top