BM | EN | 中文

JALAN AKSES TAMAN DESA CEMERLANG-TAMAN EHSAN JAYA, KURANG KESESAKKAN

taman-ehsan-jaya.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 SEPT: Pembukaan jalan akses baru yang menghubungkan Taman Desa Cemerlang – Taman Ehsan Jaya, di sini, bakal memanfaatkan kira-kira 50,000 pengguna jalan di kawasan berdekatan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Amran A Rahman berkata, laluan yang melibatkan pembinaan jalan sepanjang 840 meter itu juga dapat memberi penjimatan masa kepada pengguna jalan raya di sini.

“Selain daripada itu, projek yang membabitkan kos kira-kira RM6 juta ini juga bakal mengurangkan kesesakan trafik yang disering berlaku di sekitar Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.

Advertisement

“Kerja pembinaan yang melibatkan Crescendo Corporation Berhad ini akan menjadi jalan alternatif dari Ulu Tiram dan Kota Tinggi menghala ke arah kawasan Pasir Gudang,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian dan pembukaan jalan akses tersebut, hari ini.

Amran berkata, pembinaan jalan tersebut secara tidak langsung akan meningkatkan pembangunan ekonomi di sekitar kawasan berkenaan.

“Ini kerana salah satu teras sesebuah pembangunan ekonomi di dalam satu kawasan adalah kemudahan infrastruktur yang disediakan,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, laluan yang dibina itu dapat mewujudkan lalu lintas logistik yang lebih strategik dan tersusun.

“Dengan wujudnya jalan akses ini, ia secara tidak langsung ia akan memberikan kemudahan kepada penduduk di kawasan sekeliling.

“Ini termasuklah Taman Perindustrian Cemerlang, Taman Desa Jaya, Taman Johor Jaya dan Taman Perindustrian Tropika,” katanya lagi.

Advertisement

Untuk rekod, kerja pembinaan jalan tersebut bermula pada Ogos 2017 sebelum siap sepenuhnya pada September tahun lepas.

Keseluruhan projek yang menghubungkan dua taman ini siap sepenuhnya pada Jun tahun ini, dan perakuan siap jalan telah dikeluarkan pada 14 Ogos lepas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top