BM | EN | 中文

JAKIM, Yayasan Wakaf Malaysia sumbang RM60,000 kepada mangsa banjir di Johor

Tabung-Musaadah-RM60000-disalur-kepada-mangsa-banjir-di-Johor.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Sejumlah RM60,000 peruntukan daripada Tabung Musa’adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) akan disalurkan kepada mangsa banjir di Johor.

Jakim menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini membuat pelepasan pasukan Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir ke Johor.

Program tersebut adalah kerjasama Jakim, Jabatan Waqaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia, Kerajaan negeri Johor, Agensi Pengurusan Bencana Negeri serta lain-lain pihak yang terlibat.

Advertisement

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang terdiri daripada syarikat korporat mahupun orang perseorangan yang menyumbang ke Tabung Musa’adah COVID-19 Jakim dan YWM,” menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai dan syarikat korporat diseru untuk terus menyumbang ke Tabung Musa’adah COVID-19 Jakim dan YWM ke no akaun 86-0221818-6 (CIMB Islamic Bank Berhad) atas nama YWM bagi menghadapi gelombang ketiga virus tersebut dan musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan terkini Sabah.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top