BM | EN | 中文

JAINJ sedia khidmat kaunseling pasangan alami masalah rumah tangga

JAINJ-sedia-khidmat-kaunseling-Tosrin.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUN: Pasangan di Johor yang mempunyai masalah rumah tangga ketika tempoh kawalan pergerakan ketika ini diminta untuk mendapatkan bantuan kaunseling di pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang berdekatan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata pasukan kaunseling Bahagian Pembangunan Keluarga JAINJ sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan dengan memberikan nasihat dan bimbingan kaunseling kepada pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga.

“Bagi pasangan yang hilang pendapatan pula boleh rujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) daerah dan negeri untuk mendapatkan bantuan yang boleh dipertimbangkan.

Advertisement

“Bantuan ini khusus bagi membantu mereka yang terkesan terutama yang hilang pekerjaan sewaktu kawalan pergerakan ini. la juga termasuk individu lain, pesakit kronik dan sebagainya,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan sumbangan kepada calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 Siti Asiah Shamsol Sayfol yang memperoleh pangkat Mumtaz Sofi di sini hari ini.

Tosrin berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya JAINJ menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pasangan yang mempunyai masalah rumah tangga.

Advertisement

Ia susulan terdapat laporan ada yang tertekan selepas menghadapi pelbagai masalah termasuk kehilangan pekerjaan semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top