BM | EN | 中文

JAGA PEMAKANAN, AMAL GAYA HIDUP SIHAT, KURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG – PAKAR KARDIOLOGI

dr-benjamin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 DIS: Mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan selain bersenam boleh mengurangkan risiko yang cenderung kepada penyakit jantung di kalangan orang ramai.

Pakar Kardiologi Hospital Columbia Asia – Tebrau, Dr Benjamin Leo Cheang Leng berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penyakit jantung iskemik (Ischaemic heart disease) merupakan punca utama kematian di negara ini, pada tahun lalu.

Katanya, dengan mengadakan perubahan gaya hidup yang lebih sihat, risiko orang ramai untuk cenderung ke penyakit seperti diaebetes dan tekanan darah tinggi, iaitu antara faktor penyakit jantung, akan berkurangan.

Advertisement

“Penyakit jantung iskemik ini berlaku apabila aliran darah kepada saluran otot tidak mencukupi dan akhirnya pesakit akan mengalami serangan jantung.

“Secara umumnya, orang ramai harus mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan masalah kandungan kolestrol yang tinggi dan berat badan yang berlebihan membawa kepada masalah obesiti,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri program Ayuh Sihat!, hari ini.

Terdahulu, Dr Benjamin mengadakan sesi perkongsian bersama pengunjung tentang cara penjagaan jantung pada program tersebut yang di adakan di perkarangan Hospital Columbia Asia – Tebrau di Kota Southkey, di sini.

Advertisement

Beliau berkata melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga amat penting bagi mengenal pasti simptom awal penyakit jantung tidak kira dikalangan orang tua mahupun muda.

“Risiko untuk seseorang itu cenderung kepada penyakit ini adalah tidak banyak perbezaan dari segi faktor umur, malah, kebayakkannya mereka mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

“Antara simptom yang dikenalpasti bagi penyakit jantung ini termasuklah sakit seperti tekanan di bahagian dada atau dagu, tangan kiri, ulu hati selain sesak nafas dan ketidak selesaan di bahagian berkenaan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top