BM | EN | 中文

JAGA-JAGA TANJUNG PIAI

TanjungPiaiGlobe.jpg
Advertisement

Jika ditanya di manakah letaknya tanah paling hujung di selatan Tanah Besar Asia, mungkin tidak ramai yang dapat menjawabnya.

Cuma kala Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai akan berlangsung tidak lama lagi, nama tempat ini disebut-sebut ramai.

Tanjung Piai ialah jawapan kepada soalan tadi. Inilah lokasi geografi paling penting bagi menandakan penghujung selatan benua Asia.

Advertisement

Namun, hakikatnya ramai tidak mengenali kawasan yang dikenali sebagai tapak Ramsar ini.

Tapak Ramsar ialah tempat yang diiktiraf dunia sebagai kawasan habitat unggas air yang dipulihara tanah lembap (wetland)  dan potensi alam semula jadinya. Terdapat 2,372 Tapak Ramsar di seluruh dunia.

Malaysia telah menandatangani Perjanjian Ramsar pada 10 Mac 1995 dan setakat ini mempunyai tujuh tapak Ramsar dengan keluasan permukaan tanah sebesar 134,182 hektar.

Advertisement

Salah satu tapak berkenaan ialah Tanjung Piai yang mana menjadi tempat perlindungan semulajadi bagi haiwan seperti kongkang (Pig-tailed Macaque dan Long-tailed Macaque) dan burung-burung (Mangrove Pitta, Mangrove Blue Flycatcher dan Mangrove Whistler) yang kian pupus. Tanah lembap inilah habitat utama mereka.

Begitu juga dengan tenggiling (Scaly Anteater), landak (Common Porcupine), memerang (Smooth Otter) dan babi bodoh atau jukut (Bearded Pig).

Spesis-spesis ini yang dikategorikan sebagai haiwan terancam yang disenaraikan dalam Buku Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharan Alam Sekitar (IUCN) masih dapat dilihat di Tanjung Piai.

Advertisement

Tanjung Piai juga merupakan kawasan taman negara yang dipenuhi dengan pokok paya bakau. Ia mampu menjadi penampan tsunami yang terbaik untuk negeri Johor.

Namun, disebabkan lalu lintas kapal dagang menjadi semakin sibuk di kawasan pertemuan tiga arus laut ini iaitu Selat Johor, Selat Melaka dan Selat Singapura, Tanjung Piai mengalami hakisan tanah sejauh lapan meter setiap tahun.

Ia akan bertambah kritikal sekiranya pokok bakau dimusnahkan untuk pembinaan bangunan atau aktiviti penternakan ikan dan udang.

Advertisement

Kita mengharapkan taman negara ini akan dipelihara dengan sebaik mungkin oleh pihak kerajaan.

Eloklah ibu bapa dan pihak sekolah juga bawa anak-anak dan pelajar ke taman negara Tanjung Piai untuk memperkenalkan mereka dengan khazanah flora dan fauna dalam ekosistem hutan paya bakau.

Biar generasi muda memahami alam awal-awal lagi.

Advertisement

Selain itu, tarikan utama taman negara ini ialah fenomena air pasang besar pada setiap penghujung tahun.

Ia berlaku selama dua jam sahaja dalam sehari iaitu antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengahari dengan ketinggian separas 3.4 meter hingga 3.6 meter.

Fenomena ini menjadikan Tanjung Piai kawasan tumpuan keluarga untuk bermain air laut separas buku lali yang melimpah dari laut hingga memenuhi halaman dan seluruh taman negara itu.

Advertisement

Kebiasaannya ia terjadi pada minggu terakhir bulan Disember.

Calon yang bakal bertanding di Tanjung Piai seharusnya menyemak data mengenai kelestarian Tanjung Piai ini dengan baik.

Usah hanya mementingkan undi manusia sehingga mengabaikan ‘undi’ alam yang sebenarnya mampu mendatangkan kesan yang lebih buruk jika ‘suara’nya tidak didengar.

Advertisement

Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 telah menyenaraikan Tanjung Piai sebagai  salah satu Projek Berimpak Tinggi (HIP) untuk pengurusan hakisan pantai dan pewartaannya sebagai Hutan Simpanan Kekal.

Teruskanlah usaha baik yang dicadangkan kerajaan terdahulu selagi ia memberi makna buat rakyat dan alam yang selamanya hidup saling memerlukan.

Hutan paya bakau ini memang mampu menahan tsunami laut tetapi ia takkan dapat menahan tsunami politik. Maka, beringatlah wahai para pemimpin.

Advertisement

 

RUJUKAN:

1. https://www.ramsar.org/wetland/malaysia
2. https://jpbd.johor.gov.my/images/jpbd_muatturun/Bahan_DRSNJ2030/Ringkasan_Eksekutif_DRSNJ2030.pdf
3. https://www.bharian.com.my/node/173665
4. http://www.astroawani.com/gaya-hidup/fenomena-air-pasang-besar-di-tanjung-piai-jadi-tarikan-pengunjung-194360
5. https://www.malaysia-traveller.com/tanjung-piai.html

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top