BM | EN | 中文

Jadikan SUKMA ‘selling point’ Tahun Melawat Johor 2020

55E1A5F2-BD58-4B3C-94D1-38096153F03F.jpeg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 JAN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri yang terlibat dengan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 perlu memanfaatkan temasya tersebut bagi menyemarakkan lagi Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, peluang tersebut perlu diraih pihak PBT untuk mempromosikan produk dan lokasi pelancongan di daerah masing-masing di negeri ini.

“Saya mengingatkan bahagian publisti sukan dan pihak berkaitan majlis (perbandaran) supaya mengambil pendekatan yang berbeza.

Advertisement

“Sebab tahun ini kita juga ada TMJ 2020. Mereka kena mengambil inisiatif untuk membuat publisiti program untuk kawasan mereka bagi menarik pelancong,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di Bangunan Datuk Abdul Rahman Andak, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh antaranya sukan kriket yang meskipun tidak memiliki ramai peminat di negeri ini, namun ia boleh dijadikan pemangkin melalui galakan dan promosi. Perlu ambil peluang, galakkan mereka datang menonton. Kita perlu menunjukkan imej yang baik.

“Sebab ini adalah sebahagian dari Tahun Melawat Johor dan menjadi tugas kita untuk mempromosi dengan pendekatan berbeza. Pastikan melalui sukan-sukan ini, ia turut menyumbang kepada Tahun Melawat Johor,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut meminta pihak PBT dan konsesi bagi memastikan infrastruktur termasuk jalan raya, lanskap dan pencahayaan menuju lokasi acara SUKMA dalam keadaan baik.

“Kita tak mahu hanya venue yang cantik, tetapi jalan menuju ke kawasan tersebut tidak dikemaskan. Kita nak pastikan SUKMA yang dianjurkan di Johor adalah terbaik,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top