BM | EN | 中文

Jadikan PRN Melaka permulaan perjalanan baharu Impian Malaysia

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Pilihan raya negeri (PRN) Melaka perlu dijadikan permulaan perjalanan baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang tahun 2050.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Li Kit Siang berkata PRN Melaka semakin menghampiri garis penamatnya yang akan datang pada hari Sabtu 20 November 2021 ini.

“Empat hari lagi sebelum pengundi Melaka memilih dalam pilihan raya yang tidak dipinta mereka, tetapi mampu memberikan impak yang meluas terhadap masa depan Malaysia — menentukan sama ada Impian Malaysia mampu direalisasikan pada 2050 untuk menjadi negara hebat bertaraf dunia, dan tidak terus-menerus tewas kepada negara-negara lain seperti yang berlaku sepanjang tempoh setengah abad yang lalu.

Advertisement

“Wabak Covid-19 adalah semacam amaran bahawa jika Melaka dan Malaysia terus dibuai dengan keselesaan, Indonesia bakal memintas Malaysia dari segi KDNK per kapita, daya saing nasional atau dalam kejayaan global sebagai negara moden, bersatu dan majmuk.

“Indonesia mempunyai jumlah penduduk lapan kali ganda berbanding Malaysia, tetapi untuk 94 hari berturut-turut sejak 18 Ogos, Malaysia merekodkan jumlah kes harian Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Indonesia.

“Lebih membimbangkan, untuk 42 hari berturut-turut, Malaysia merekodkan jumlah korban Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Indonesia,” katanya.

Advertisement

Veteran DAP itu berkata, pada hari ke-100 Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri ke-9 pada 29 November, kemungkinan untuk Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Indonesia dalam jumlah jangkitan dan korban akibat Covid-19 amatlah tipis.

“Ini juga bermakna, 100 hari pertama Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan baharu pada 7 Disember, trend yang menunjukkan Indonesia memintas Malaysia akan terus berlaku.

“Adakah ini memberikan suatu firasat yang buruk, di mana takdir Malaysia dan Indonesia bertukar — pada beberapa dekad akan datang, Malaysia pula yang akan menghantar rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara tersebut?

Advertisement

“Jika begitu, kita harus segera bangkit dan menjadikan pilihan raya negeri Melaka ini harus menjadi pemangkin kesedaran bukan sahaja buat Melaka, tetapi Malaysia secara keseluruhan — untuk menyelamatkan Malaysia daripada bahana ini dan merintis usaha untuk merealisasikan Impian Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang 2050,” katanya.

Kata Kit Siang beliau mungkin sudah tiada pada 2050, tetapi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, harus tetap berusaha untuk merealisasikan Impian Malaysia pada 2050.

“Jadikan pilihan raya negeri Melaka pada 20 November ini sebagai permulaan kepada perjalanan panjang ke arah Malaysia menjadi negara hebat bertaraf dunia pada 2050, seperti yang pernah dinikmati Melaka pada 500 tahun lalu,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top