BM | EN | 中文

Jadikan PRK Chini platform suara warga dan generasi Felda

Ridhuan-Esa-Felda-Pemuda-Amanah-Tenggara-Kota-Tinggi-Johor.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 25 JUN : Warga dan generasi Felda perlu menyatakan sikap dalam pembuangan pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Pahang.

Menurut generasi kedua dari Felda Sungai Sibol, Kota Tinggi, Ridhuan Esa, warga Felda dan generasinya telah membuat keputusan menukar pemerintah pada pilihanraya umum (PRU) ke-14 dan merupakan antara faktor perubahan politik dalam menyelesaikan isu berkaitan Felda.

Katanya, pengalaman menukar kerajaan oleh warga dan generasi Felda membuktikan setiap undi mampu memberikan pengaruh sehingga berlakunya pertukaran pentadbiran dalam menentukan halatuju Felda.

Advertisement

“Dengan kuasa undi, warga dan generasi Felda mampu meletakkan wakilnya di dalam dewan DUN dan Parlimen serta membuatkan suara peneroka lebih besar di dalam mana-mana dewan.

“Secara teknikalnya anggaran pengundi Felda seluruh Malaysia sekitar dua juta orang.

“Jika mereka yang berumur 18 tahun mengundi ia akan menambah majoriti 54 kerusi Parlimen dan lebih 100 (DUN) dari Sabah sehingga ke Johor di setiap 317 rancangan seluruh Malaysia.

Advertisement

“Jumlah undi ini bersamaan dengan jumlah undi parti-parti besar dalam Malaysia yang bertanding di seluruh Malaysia termasuk Umno, DAP, PKR dan PAS. 70 peratus dari warga Felda adalah generasi baharu yang merupakan pengganti kepada peneroka dan penerokawati,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Tenggara berkata PRU 13 antara waktu dimana bermulanya kesan politik yang memalapkan kegemilangan Felda.

Tambahnya lagi, orang politik yang telah diberi kuasa di 54 Parlimen dan lebih 100 DUN ini tidak mampu untuk membawa suara warga dan generasi Felda dalam menyelesaikan isu berbangkit.

Advertisement

“Perlu ada ‘azam politik’ yang tinggi serta faham sosio politik warga Felda. PRU ke-14 ada sedikit sinar dalam usaha pemulihan dengan pembentangan ‘Kertas Putih Felda’ namun perlaksanaannya masih kelabu kerana belum cukup kuat suara warga Felda di Parlimen.

“Warga Chini perlu memulakan langkah kertas undi warga Felda berharga untuk orang politik. PRU ke-15 warga Felda perlu pastikan 54 Parlimen dan lebih 100 Dun adalah wakil dari generasi Felda.

“Warga Felda akan mewujudkan suasana bahawa setiap parti politik yang bertanding di kerusi kawasan Felda akan meletakkan calon yang terdiri dari warga Felda. Kuasa menetukan calon terbaik adalah di tangan pengundi warga Felda.

Advertisement

“Gunakan kuasa keunikan warga Felda bermuafakat di atas kertas undi bahawa warga Felda mampu kembali bersatu dalam menentukan masa depan generasinya dan calon anak muda Felda perlu disokong penuh oleh pengundi di PRK Chini,” ujarnya lagi.

PRK DUN Chini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, dan dua calon Bebas, iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin serta Mohd Shukri Mohd Ramli.

Pengundian ditetapkan pada 4 Julai ini. Terdapat 20,990 pemilih berdaftar terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top