BM | EN | 中文

Jadikan parlimen ‘laluan kerjasama’, kata Chin Tong kepada Muhyiddin

Liew_Chin_Tong-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Senator Liew Ching Tong mengingatkan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin untuk menjadikan parlimen sebagai laluan bekerjasama, mentadbir dan berunding di antara kerajaan dengan pembangkang.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama dimaksudkan itu adalah demi kebaikan negara, lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan krisis pandemik Covid-19.

“Kerajaan tidak perlu takut dengan parlimen dan jangan memperlakukan pembangkang sebagai musuh negara.

Advertisement

“Kerajaan juga perlu mengambil sikap yang saksama terhadap ahli parlimen pembangkang, sama seperti penyokong kerajaan dari segi sumber dan akses untuk memberikan input dasar.

“Dengan adanya keyakinan dan persefahaman, Muhyiddin memiliki kesempatan untuk mengubah krisis dan akan berjaya melahirkan parlimen Malaysia yang demokrasi,” kata Chin Tong dalam kenyataan.

Bekas timbalan menteri pertahanan itu menambah, Muhyiddin juga perlu berhenti dari bergantung kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin daripada bertindak sebagai ‘operator politik’nya.

Advertisement

Katanya, ini kerana Hamzah tidak memahami realiti politik baru setelah negara yang dikuasai UMNO telah tewas dalam pilihan raya pada Mei 2018.

Chin Tong menjelaskan, Hamzah merupakan arkitek rampasan kuasa yang gagal pada Oktober 2019 dalam usahanya menyingkirkan DAP dan Amanah dari kerajaan Pakatan Harapan.

Tambahnya, Hamzah turut bersekongkol dengan Mohamed Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein untuk menjadi penggerak utama rampasan kuasa ‘Langkah Sheraton’ dengan dibantu oleh Azmin.

Advertisement

Lanjutan itu kata Chin Tong, bagi melancarkan proses itu, Muhyiddin juga harus mempertimbangkan untuk memecat Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali sebagai ‘penggantian muhibah’ untuk bergerak maju di kalangan kedua pihak.

“Muhyiddin mesti bertekad untuk berhenti membuli pembangkang dan menerima bahawa dia adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, bukan hanya untuk Bersatu yang menjadi kegusaran sekutunya, UMNO apatah lagi pembangkang,” kata Chin Tong.

Tambahnya, Muhyiddin perlu meminta Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali mengundurkan diri dan bertanggungjawab kerana mendorong nasihat yang salah kepada Istana sehingga suasana politik terganggu, menyebabkan keputusan kabinet kepada perisytihatan darurat.

Advertisement

“Dengan memecat Hamzah dan Azmin dari kabinet, kerjasama di antara parti gabungan Perikatan akan bertambah baik dan lingkungan yang lebih mesra untuk hubungan kerja bipartisan yang tulen dengan pembangkang pada masa krisis Covid-19 akan dapat dibentuk,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top